Tuesday, February 25, 2014

Cheese tart Red velvet

Resepi ni dapat dari friend fb saya..dessert af..saya tak penah nampak wajah sebenar dia ni tapi murah rezeki la dia..kebanyakan  kek jualannya di kongsikan resepi kat fb..tak macam sesetengah orang tu..bukan orang lain..kazen saya sendiri..saya tanya kelas yang dia hadir tu kat mana..di jawabnya chef dari penang ..saya hanya tersenyum..tak pa lah rezeki Allah..masing2 ada kan??..doa saya kepada mereka yang tidak pernah kedekut ilmu ni di murah kan rezeki masing-masing ya..syukur lah masih ramai manusia yang baik hati   di dunia yang saling kejar mengejar sekarang ni..terima kasih daun keladi..

(kredit untu teman fb saya Dessert Af)
Red Velvet Crust Tart..

170 gm Buttercup
3 sudu besar gula icing
1 biji telur
1/2 sudu teh esen vanilla 
1 sudu teh cuka makan
2 sudu besar serbuk coklat
2 sudu besar pewarna merah
1 sudu besar pewarna orange
300 gm tepung gandum
1 sudu besar serbuk nescafe 3 in 1

Cara-caranya :

1. Pukul butter dan gula icing dalam mangkuk menggunakan senduk kayu. Pukul sekejap sahaja.
2. Masukkan telur dan esen vanilla.. pukul hingga sebati.
3. Masukkan cuka,pukul sebati.
4. Masukkan pewarna,pukul lagi.
5. Masukkan serbuk coklat.. pukul hingga sebati
6. Akhir sekali, masukkan tepung gandum dan serbuk nescafe sedikit demi sedikit. Uli sehingga menjadi doh yang tak melekat di tangan.
7. Simpan 15 - 20 minit dalam peti sejuk.
8. Keluarkan dari peti. Ambil sedikit doh, masukkan dan tekan dalam acuan tart mengikut ketebalan yang sesuai. . Cucuk dasarnya dgn garfu sebelum dibakar ...
9. Panaskan oven 10 minit sebelum dibakar pada suhu 170 darjah selsius selama 20 minit.




Bahan Krim :

250 gram cream cheese
2 1/2 sudu besar gula kastor
1 biji telur
1/2 sudu teh jus lemon 

Filling blueberry (Masukkan ke dalam piping bag)

Cara-caranya :

1. Pukul cream cheese dan gula kastor hingga lembut menggunakan mixer.
2. Masukkan telur dan esen, pukul lagi hingga sebati dan lembut.
3. Masukkan ke dalam piping bag.
4.masukkan dalam crust tart td..
5.bakar 170C 10 minit.

No comments:

Post a Comment